Tahu tak! Sebenarnya sepanjang MCO ni banyak skill tau kita boleh asah. Termasuklah, skill basuh tudung tau.

 

Haa! So perkongsian kali ni Mimi nak share secara ringkas dan padat tentang cara mudah untuk membasuh tudung dan kekalkan kualiti tudung! Sebab apa Mimi highlight pada KUALITI tu? Sebab, tudung yang kita basuh dan pakai tu kalau boleh biarlah berkekalan kualitinya dalam jangka masa yang lama.

 

Okey, jom mula!

1. Asingkan tudung mengikut kategori warna

Sebelum basuh, pastikan awak asingkan tudung mengikut kategori warna BOLD atau warna PASTEL. Penting ke nak kena asingkan? Of course! Sebabnya, kita nak pastikan warna pada tudung tersebut tak luntur. Antara masalah besar kalau warna dah bercampur ni, warna yang pastel tu akan jadi kusam. Mesti frust kan kalau nampak tudung favourite kita berubah warna? 😭  Okey lepas dah asingkan, baru lah mulakan pembasuhan ya. Boleh guna dua cara; secara manual (pakai tangan) atau guna mesin basuh ye. 

 

 

2. Pastikan air rendaman yang mencukupi

Bagi yang menggunakan tangan khususnya, pastikan awak letak jumlah air yang mencukupi ye sebelum merendam tudung tu. Bergantung juga pada kuantiti tudung tersebut. Jangka masa rendaman bergantung kepada awak. Setengah jam pun dah cukup tau! 

 

 

3.  Gunakan softener

Siapa je yang tak suka tudung lembut dan wangi? Ha! Make sure awak gunakan softener tau. Bergantung kepada kuantiti tudung yang dibasuh tadi, maksimum gunakan satu botol penutup penuh ya! Info tambahan bagi yang menggunakan sabun basuh serbuk, please extra careful make sure sabun tu tidak bergumpal ye untuk elakkan kesan berbelak pada tudung. Mimi cadangkan untuk gunakan

4.  Sental bahagian yang kotor

Double check tudung tu sebelum bilas tau! Kalau ada kesan kotor pada bahagian tudung, pastikan awak sental dulu tau sementara air sabun masih ada. Elakkan gunakan Clorox pada tudung. Instead of that, awak boleh gunakan Vanish sebab Vanish adalah agen yang membantu untuk hilangkan kotoran degil tak kira lah baju putih atau berwarna.

5.  Bilas

Step ni paling mudah! Pastikan sewaktu bilas tudung tu, sabun yang melekat pada tudung tadi pastikan betul-betul dah hilang. Risau kalau masih ada sisa bekas sabun, kualiti tudung juga terganggu nanti.

 

6.  Sidai

Anda kena pastikan yang tudung-tudung tadi sidai di tempat yang lebih warm sedikit, elakkan cahaya matahari terpancar terus pada sidaian tadi ya! Pastikan juga tudung yang disidai tu disepit dengan kemas untuk elakkan tudung terjatuh bila kena angin.

Semoga bermanfaat!

 
Malcare WordPress Security