3 CARA MUDAH MEMBASUH TUDUNG SECARA MANUAL

Perkongsian kali ini akan mengupas secara ringkas dan terperinci tentang tiga cara mudah untuk membasuh tudung secara manual khas untuk awak yang sedang baca!

 

 Asingkan tudung mengikut kategori warna

Asingkan mengikut warna BOLD atau warna SOFT. Dikhuatiri, warna yang ada pada tudung BOLD tu akan luntur dan terkena pada tudung yang SOFT tadi. Warna yang SOFT tu akan jadi kusam. Selepas dah asingkan, rendam semalaman tau! 

 

Gunakan sabun buku

Dah selesai rendam semalaman, gunakan sabun buku untuk basuh di tempat yang terkena kotoran seperti kesan make up di tudung. Tudung bersih, muka pun mesti tersenyum sepanjang masa!

 

Step terakhir, Bilas!

Step ni paling mudah! Pastikan sewaktu bilas tudung tu, sabun yang melekat pada tudung tadi pastikan betul-betul dah hilang. Dikhuatiri masih ada sisa bekas sabun, risau kualiti tudung juga terganggu nanti.

 

TIPS TAMBAHAN

Anda kena pastikan yang tudung-tudung tadi sidai di tempat yang lebih warm sedikit, elakkan cahaya matahari  terpancar terus pada sidaian tadi ya!

 

Semoga bermanfaat!

 
Malcare WordPress Security